Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KESAN VARIAN BARU COVID-19

Varian Omicron dikhuatiri ancam pemulihan sektor penerbangan

Beberapa negara termasuk Amerika, Jepun dan Britain kenakan sekatan baru perjalanan
Dec 01, 2021 | 05:30 AM



CHICAGO: Syarikat penerbangan serata dunia sedang berusaha pantas untuk membendung kesan varian Covid-19 terbaru pada rangkaian operasi mereka, sedang varian Omicron itu dikatakan berisiko mengancam sektor penerbangan yang baru hendak pulih.



Penemuan dan penularan varian terbaru itu, kali pertama dilaporkan di rantau selatan Afrika, memberi tamparan kepada industri itu sedang sebilangan negara termasuk Amerika Syarikat baru sahaja melonggarkan perjalanan ke negara itu.



Namun kini beberapa negara termasuk Jepun, Amerika, Britain dan Israel telah mengenakan sekatan perjalanan baru untuk mencegah atau sekurang-kurangnya memperlahankan penularan varian baru itu.



"Harapan bagi syarikat penerbangan Amerika dan Eropah ialah pembukaan penerbangan Atlantik akan membolehkan mereka mengendalikan laluan jarak jauh dengan meraih keuntungan, tetapi sebarang sekatan sempadan akan menjadikan perkara itu lebih sukar untuk meningkatkan permintaan," kata Encik James Halstead, rakan kongsi di firma perundingan Aviation Strategy.



Permintaan meningkat bagi penerbangan jarak jauh dilihat sebagai kritikal bagi kebanyakan syarikat penerbangan yang menghadapi masalah kewangan serius berikutan kejatuhan besar dalam perjalanan udara tahun lepas.



Rantau selatan Afrika menyumbang hanya sebahagian kecil daripada perjalanan antarabangsa dunia, tetapi sekatan sempadan secara tiba-tiba dan penggantungan laluan telah menyebabkan beberapa syarikat penerbangan menghadapi masa depan tidak menentu.



Misalnya, syarikat penerbangan Sepanyol, Air Europa, yang kini terperangkap dalam proses pemerolehan selama berbulan-bulan oleh syarikat pesaing IAG milik Iberia, dilaporkan akan amat terjejas kepada sebarang sekatan perjalanan.



Sementara itu, Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berkata walaupun sekatan itu diperlukan untuk memberi masa kepada negaranya untuk memberi vaksin kepada lebih ramai penduduk, beliau tidak menjangkakan keperluan bagi sekatan tambahan.



Selain itu, ketua badan industri penerbangan global Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), Encik Willie Walsh, menyifatkan sekatan itu sebagai "reaksi tergesa-gesa".



Dalam satu temu bual dengan BBC Radio, beliau menggesa pihak berkuasa supaya memulakan proses ujian yang "wajar" dan mengelak melaksanakan langkah yang telah menyebabkan kerosakan kewangan "besar" kepada industri penerbangan pada masa lalu.



"Virus ini tidak boleh dikalahkan dengan cara beberapa langkah yang telah diambil," kata Encik Walsh.



"Kita perlu sesuaikan diri. Kita perlu mengambil langkah yang lebih wajar."



Kenaikan kes Covid-19 serta sekatan sempadan baru telah mendorong penganalisis mengubah ramalan mereka terhadap industri penerbangan.



Penganalisis di HSBC, contohnya, menjangka pemulihan industri itu akan tertangguh selama setahun.



Perkembangan terbaru itu adalah satu tamparan kepada syarikat penerbangan umumnya.



Syarikat penerbangan besar dilihat segera bertindak untuk melindungi hab mereka dengan mengekang perjalanan penumpang dari selatan Afrika, bimbang penularan varian baru Omicron itu akan mencetuskan sekatan serta-merta dari destinasi lain di luar kawasan terjejas, kata sumber industri.



Syarikat Singapore Airlines misalnya berkata ia telah menukar beberapa penerbangannya ke Johannesburg dan Cape Town kepada penerbangan kargo sahaja. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >