Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Victoria, Australia berusaha bendung koronavirus

Jun 27, 2020 | 03:25 PM

MELBOURNE: Negeri Victoria di Australia mencatat 41 kes koronavirus baru pada Sabtu (27 Jun), dua kali ganda kadar harian yang dicatat seminggu lalu.

Ia kini sedang giat berusaha mengawal pandemik tersebut sedang bahagian lain Australia terus melonggarkan sekatan jarak sosial.


Victoria, negeri dengan bilangan penduduk kedua tertinggi di Australia, kini telah menyaksikan kes baru dalam dua angka selama 11 hari berturut-turut, kebanyakannya dikaitkan dengan penularan di pinggir bandar Melbourne, kata pegawai kesihatan.


Victoria mempunyai 204 daripada jumlah sekitar 270 kes aktif di Australia.


Salah satu kes baru melibatkan seorang penduduk yang pulang ke negara itu.


Australia menghendaki penduduk tempatan yang pulang untuk menjalani kuarantin di hotel selama dua minggu. Tetapi sekitar 30 peratus penduduk di Victoria telah menolak ujian Covid-19 sebelum meninggalkan lokasi kuarantin, kata pegawai kesihatan.


New South Wales, negeri dengan bilangan penduduk paling ramai di Australia, mencatatkan enam kes baru pada Sabtu dan pegawai berkata penduduk yang pulang yang enggan diuji harus menjalani kuarantin wajib selama 10 hari lagi.


Walaupun terdapat peningkatan dalam jumlah kes di Victoria, jumlah jangkitan di Australia sekitar 7,600 dan 104 kematian tetap jauh di bawah jumlah yang dicatat oleh negara lain. - Reuters.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >