KUALA LUMPUR: Dunia hiburan Malaysia gempar seketika apabila video legenda rok negara itu Amy Search terjatuh ketika sedang beraksi di atas pentas menjadi viral di laman sosial petang kelmarin.
Video sepanjang lima saat itu memaparkan Amy, atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 56 tahun, sedang membuat persembahan sebelum terjatuh ke bawah pentas.