Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video anti-buli budak lelaki AS mendapat sokongan selebriti

Dec 12, 2017 | 12:49 PM



WASHINGTON (AFP) - Sebuah video seorang budak lelaki yang dibuli di sekolah menjadi viral dan menarik sokongan selebriti Hollywood dan ahli sukan.

Ia telah ditonton sebanyak 22 juta kali dan dikongsi lebih 440,000 kali.

Ibu kepada budak itu, Keaton Jones, mengepos video itu Jumaat lalu di Facebook. Anaknya meminta beliau membuat video itu selepas beliau mengambilnya pulang dari sekolah kerana anaknya takut untuk makan tengah hari.

"Mengapakah mereka buli? Adakah mereka suka membuat perkara yang tidak elok kepada orang yang tidak bersalah? Ia tidak ok,'' kata Jones dalam video itu.

"Mereka buat jenaka mengenai hidung saya. Mereka kata saya hodoh. Mereka kata saya tidak mempunyai kawan,'' tambahnya.

Chris Evans, pelakon yang bermain Captain America, mengundang Jones kepada premier filem Avengers yang akan datang.

"Kuatkan semangat, Keaton. Saya yakin keadaan akan bertambah baik,'' kata Evans, dalam Twitter.

Sambutan yang diterima adalah di luar dugaan Jones dan ibunya.

"Saya sayang awak semua kerana apa yang awak lakukan tetapi saya tidak mungkin dapat membaca dan memberi respons kepada setiap mesej,'' kata Kimberlu, ibu Jones.

Di sebalik kempen mengekang buli, 40 peratus pelajar Amerika menyatakan mereka dibuli di sekolah, menurut sebuah kajian dilakukan Jun 2017 yang dilaporkan dalam 'Pediatrics'.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >