Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Video seks sejenis M'sia: Haziq dipecat dari PKR

Jul 04, 2019 | 07:35 AM



KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memecat keahlian Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, ketua Pemuda PKR Santubong, selepas diputuskan oleh Lembaga Disiplin parti tersebut semalam.



Ini berlaku tiga minggu selepas beliau mengaku secara terbuka bahawa beliau dan timbalan presiden PKR, Encik Mohamed Azmin Ali, merupakan dua lelaki di dalam video seks sejenis yang tular.



Pengerusi Lembaga Disiplin, Datuk Ahmad Kassim berkata, Haziq telah membuat tuduhan rasuah secara terbuka terhadap pemimpin parti tanpa bukti, sekali gus melanggar kod etika parti.



Pemecatan tersebut dilakukan selepas tamat 14 hari yang diberikan kepada Haziq untuk memberikan surat tunjuk sebab, menurut laporan Utusan Online.



Sementara itu, Datuk Seri Anwar berkata lembaga disiplin telah berlaku adil dan tidak memihak kepada sesiapa.



"Ia adalah adil dan tidak berpihak kepada sesiapa. Itu sebabnya (pemecatan Haziq) diputuskan atas dasar dia menuduh pemimpin parti menerima rasuah," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >