Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Virus dijangka tular terus walau edaran vaksin sejagat, kata pakar penyakit

Feb 13, 2021 | 09:53 PM



STOCKHOLM: Ketua agensi kawalan penyakit Kesatuan Eropah (ECDC), Dr Andrea Ammon, memberi amaran pada Jumaat (12 Februari) bahawa jangkitan koronavirus akan berterusan tanpa manusia mengetahui bila wabak ini berakhir.



Meskipun jangkitan global kian perlahan penularannya pada kadar hampir separuh bulan lalu berbanding bulan-bulan sudah manakala edaran vaksin merata dunia pula mula mencapai momentum dari segi agihan, keadaan masih payah diramalkan.



Dalam satu wawancara bersama agensi berita AFP, Dr Ammon menggesa negara Eropah khususnya agar tidak leka menangani virus yang "nampaknya sangat mampu menyesuaikan dirinya dengan manusia" dan mungkin memerlukan pakar untuk mengubah suai vaksin dari masa ke masa, sebagaimana dalam hal penyakit flu musiman.



"Lantaran itu, kita harus bersiap sedia bahawa virus ini akan kekal bersama kita," ujar Dr Ammon, yang merupakan ketua Pusat Eropah Bagi Pencegahan dan Kawalan Penyakit yang berpangkalan di Stockholm.



Selepas gelombang pandemik terkini yang lebih teruk, harapan wabak yang bermula di China lebih setahun lalu ini akan berakhir dalam masa terdekat kian meleset.



Satu pangkalan data agensi berita AFP menunjukkan kadar jangkitan Covid-19 baru mula perlahan sekitar 44.5 peratus serata dunia dalam tempoh sebulan lalu.



Lebih 107 juta orang pula dijangkiti serata dunia dengan hampir 2.4 juta orang meninggal dunia kerana koronavirus.



Namun, pakar penyakit memberi amaran, vaksin tidak akan menamatkan pandemik ini kecuali semua negara menerima dos vaksin dengan segera dan saksama. - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >