Subuh
5:41
Syuruk
7:04
Zuhur
1:11
Asar
4:36
Maghrib
7:16
Isyak
8:31
Dunia

Virus Wuhan: Australia saring pelancong China

Jan 21, 2020 | 04:03 PM

BEIJING: China mengesahkan penyebaran dari manusia ke manusia telah mengakibatkan bilangan kes jangkitan koronavirus melonjak, ketika Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempertimbang mengisytiharkan tahap kecemasan kesihatan awam antarabangsa.

Penularan wabak menerusi manusia dikesan ketika jutaan orang akan berkunjung ke negara lain menaiki kereta api, bas dan pesawat pada minggu ini untuk menyambut Tahun Baru Cina. 

Wabak tersebut sudah merebak ke tiga negara Asia serta menjangkiti lebih daripada 200 orang di China.

Sementara itu di Sydney, Australia, seorang lelaki yang baru pulang dari China dikuarantin di kediamannya, selepas menunjukkan tanda-tanda penyakit Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), dalam kes koronavirus disyaki pertama di negara itu.

Individu berkenaan sudah pulih dari penyakit pernafasan dialaminya ketika dirawat di rumahnya di bandar timur laut Brisbane, namun pihak berkuasa kesihatan sedang menunggu keputusan ujian bagi menentukan sama ada beliau sudah dijangkiti wabak virus baru itu.-AFP, Reuters.