Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Virus Wuhan: China gantung penerbangan, keretapi dari Wuhan

Jan 23, 2020 | 07:57 AM



BEIJING: China menghentikan penerbangan dan keretapi dari Wuhan mulai Khamis (23 Jan) bagi mengekang penularan koronavirus sedang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)  melanjutkan mesyuarat kecemasan mengenai penyakit itu.



Pusat arahan khas bandar itu bagi mengekang penularan virus tersebut menyatakan para penduduk tidak boleh meninggalkan bandar itu tanpa sebab khas dan langkah-langkah itu akan berkuat kuasa dari 0200 GMT (10 pagi waktu Singapura), menurut stesen penyiaran CCTV.



Langkah itu bertujuan mengekang epidemik itu dari menular. Sementara itu ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus, menyatakan ia menunda keputusan mengisytiharkan satu kecemasan kesihatan sejagat sambil menyatakan beliau memerlukan maklumat lebih terperinci.



"Saya telah memutuskan untuk meminta jawatankuasa kecemasan bertemu semula esok untuk meneruskan perbincangan mereka," katanya, merujuk kepada sekumpulan pakar antarabangsa yang bertemu selama beberapa jam di WHO di Geneva pada hari Rabu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >