Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Virus Wuhan: China sasar siap bina hospital dengan 1,000 katil hujung minggu ini

Jan 24, 2020 | 02:18 PM

BEIJING: Bandar China Wuhan kini sedang membina hospital baru yang lengkap dengan 1,000 katil dengan pantas untuk merawat koronavirus baru dan menyasarkan supaya ia siap awal minggu depan, menurut media tempatan.

Virus tersebut telah membunuh 25 orang di China dan menjangkiti lebih 800, menurut pemerintah pada Jumaat (24 Jan).

Pertubuhan Kesihatan Dunia mengisytiharkannya sebagai satu kecemasan tetapi bukan wabak yang menjadi keprihatinan antarabangsa.

Kebanyakan kes dikenal pasti di Wuhan, di mana virus tersebut dipercayai tercetus lewat tahun lalu.

Hospital baru itu dibina di kawasan kompleks percutian yang asalnya digunakan untuk pekerja tempatan dan terletak di tengah-tengah taman di sebelah sungai di kawasan pinggir bandar, menurut laporan Changjiang Daily.

Bangunan yang akan dilengkapkan dengan 1,000 katil akan dibina, tambah laporan itu lagi.

Mesin pembinaan, termasuk 35 penggali dan 10 jentolak tiba di tapak tersebut malam Khamis (23 Jan), dengan sasaran untuk menyediakan prasarana baru itu Isnin depan. - Reuters.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian