Subuh
5:46
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:31
Maghrib
7:15
Isyak
8:27
Dunia

Virus Wuhan: M’sia sahkan tiga kes, semua pesakit berkait kes pertama S’pura

Jan 25, 2020 | 06:24 PM

 

 

 

KUALA LUMPUR: Seramai tiga orang telah disahkan menghidapi koronavirus Wuhan di Malaysia, umum Menteri Kesihatan Malaysia Dzulkefly Ahmad pada Sabtu (25 Januari).

Tiga rakyat China itu, yang masuk ke Malaysia melalui Johor Baru, merupakan isteri, 65 tahun, dan cucu kepada lelaki berusia 66 tahun asal Wuhan, yang kini sedang dirawat di Singapura akibat virus serupa.

Kededua kanak-kanak lelaki itu berusia dua dan 11 tahun.

Ketiga pesakit itu telah dipindahkan ke Hospital Sungai Buloh di Selangor, kata Datuk Seri Dzulkefly.

Mereka dikatakan telah menaiki pesawat dari Guangzhou ke Singapura pada 20 Januari lalu.

Lelaki berusia 66 tahun dan anak lelakinya telah diuji positif bagi virus itu dan dimasukkan ke hospital di Singapura pada 22 Januari lalu.

Seramai sembilan orang telah melancong bersama pesakit lelaki pertama itu: isterinya, anak lelaki, anak menantu, dua cucu dan sebuah keluarga berempat yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak mereka. 

Mereka telah dikuarantin semasa menunggu keputusan ujian bagi virus itu. 

Ujian awal menunjukkan mereka tidak mengalami demam atau simptom lain. 

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian