Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Virus Wuhan: Mungkin berasal dari kelawar atau ular

Jan 23, 2020 | 03:03 PM



TOKYO: Coronavirus baru yang tercetus di China, mungkin berasal daripada kelawar atau ular, menurut hasil analisis terhadap genetik virus itu yang sudah meragut 17 nyawa setakat ini.



Teori itu adalah berdasarkan pemeriksaan terhadap urutan genom virus terbabit yang diberikan pihak berkuasa, dengan dua kajian menunjukkan kemungkinan peranan kelawar dalam wabak terbabit.



Satu kajian diterbitkan pada Selasa dalam jurnal ‘Science China Life Sciences’, meneliti kaitan antara coronavirus baru itu dengan virus lain, dan mendapati ia berkait rapat dengan jenis yang wujud dalam kelawar.



“Kelawar sebagai hos asli CoV (coronavirus) Wuhan merupakan alasan lebih logik dan mudah, walaupun berkemungkinan terdapat hos pertengahan dalam pemindahan daripada kelawar kepada manusia,” menurut penyelidik daripada beberapa institusi di China dalam kajian itu.



Kajian berkenaan tidak membuat spekulasi mengenai haiwan yang mungkin menjadi ‘hos pertengahan’ itu.



Namun, kajian kedua yang diterbitkan pada Rabu dalam ‘Journal of Medical Virology’ mengenal pasti hos tersebut mungkin ular.



Penyelidik terbabit bagaimanapun memberi amaran bahawa rumusan mereka memerlukan ‘pengesahan lanjut oleh kajian eksperimen’ dalam model haiwan.



Kajian itu juga tidak menjelaskan bagaimana virus berkenaan mungkin dipindahkan daripada haiwan kepada manusia.



Namun, mereka dapat menawarkan maklumat kepada pihak berkuasa China yang berusaha mengenal pasti sumber wabak coronavirus baru itu.



Pasar makanan di mana virus terbabit dilaporkan menjual pelbagai haiwan eksotik, termasuk musang, buaya, salamander gergasi, ular, tikus, burung merak, landak dan daging unta.



Pengarah Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit China, Gao Fu, berkata pihak berkuasa percaya virus itu berkemungkinan datang daripada ‘haiwan liar di pasar makanan laut’, meskipun sumber sebenar masih belum dapat ditentukan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >