WASHINGTON: Pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lima kes koronavirus Wuhan di negara tersebut, dan menjangkakan lebih banyak kes di sana.
Ketua jabatan penyakit pernafasan di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Nancy Messonnier, berkata sekitar 100 orang di AS disiasat bagi virus itu yang berasal dari Wuhan, China.
Kesemua lima orang yang disahkan telah ke Wuhan, tambahnya. - AFP