Menteri Luar, Dr Vivian Balakrishnan kini berada di China untuk menghadiri mesyuarat dengan rakan sejawatannya dari Asean dan China pada minggu ini, menurut satu kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) pada Ahad (6 Jun).
Beliau telah tiba di bandar Chongqing pada Ahad bagi lawatan selama dua hari.
Ini adalah sebahagian daripada ulang tahun ke-30 Dialog Hubungan Asean-China dan diadakan sedang negara-negara Asia Tenggara menangani lonjakan jangkitan Covid-19, krisis berterusan di Myanmar serta ketegangan yang memuncak di Laut China Selatan.
Mesyuarat itu “mengesahkan lagi hubungan erat di antara Asean dan China dan ghairah untuk memperkukuhkan kerjasama masa depan, khususnya dalam pemulihan rantau daripada pandemik Covid-19” jelas MFA.