Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian gesa henti jadikan makanan senjata, tekankan penting kerjasama pelbagai hala dalam G20

Jul 08, 2022 | 09:56 PM



NEGARA-NEGARA harus berhenti menjadikan makanan sebagai satu senjata di tengah-tengah inflasi dan keadaan makanan dan tenaga tidak terjamin yang kian meningkat, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Berucap di satu sesi mengenai keselamatan makanan dan tenaga di Mesyuarat Menteri-Menteri Ehwal Luar Kumpulan 20 (G20) hari ini, Dr Balakrishnan turut menggesa negara-negara agar membolehkan makanan mengalir rentas sempadan, menyokong penyelidikan dan pengembangan, dan menyokong sebuah dunia mampan di mana orang ramai boleh diberi makan.



“Berhenti menggunakan makanan sebagai senjata. Sudah ada krisis makanan, tenaga dan air yang bermula sejak beberapa tahun lalu, tetapi kami mempunyai cara memburukkan keadaan.



“Marilah kita menghapuskan semua alasan atau penjelasan. Biarlah makanan mengalir. Peranan utama bagi G20 sekarang adalah sekurang-kurangnya untuk mengeluarkan bijian dari kedua-dua Laut Azov dan Laut Hitam ke pasaran dunia,” kata beliau.



Dr Balakrishnan menambah bahawa negara-negara harus memastikan sempadan mereka terbuka dan menentang “godaan fahaman perlindungan”.



Beliau juga berkata sistem makanan perlu diubah supaya dapat meningkatkan hasil makanan.



“Tanpa peningkatan ketara dalam teknologi dan hasil makanan, kita tidak akan dapat mengatasi kekurangan makanan,” kata beliau.



Dr Balakrishnan berada di Bali, Indonesia atas undangan Menteri Luar Indonesia, Cik Retno Marsudi, bagi mesyuarat G20 itu.



Singapura diundang sebagai Konvenor Kumpulan Tadbir Urus Global, yang merangkumi 30 anggota bersaiz kecil dan sederhana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bertujuan memudahkan dialog lebih utama antara G20 dan anggota PBB yang lebih luas.



Singapura bukan ahli G20, namun selalu diundang untuk mengambil bahagian dalam banyak mesyuarat berkaitan kumpulan itu dan sidang puncak G20 yang lalu.



Dalam satu sesi berasingan, yang turut diadakan hari ini, Dr Balakrishnan juga telah menekankan kepentingan kerjasama pelbagai hala dalam menegakkan perintah antarabangsa berasaskan peraturan dan terbuka di tengah-tengah iklim geopolitik yang mencabar.



“Kita mesti menegakkan sistem kerjasama pelbagai hala yang inklusif, berasaskan peraturan; melindungi diri daripada fahaman perlindungan; mengelak daripada berundur kembali ke era Perang Dingin; dan mengelakkan percabangan - sama ada dalam teknologi, kewangan atau perdagangan pelbagai hala, atau dalam piawaian digital,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >