Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Vivian: Lawatan Pelosi berlaku dalam masa sensitif

Ketegangan antara kedua-dua negara boleh cetus kemalangan, salah perhitungan; pertentangan China-AS atas "sebab politik"
Aug 06, 2022 | 05:30 AM



LAWATAN Speaker Dewan Perwakilan Rakyat Amerika Syarikat, Cik Nancy Pelosi, ke Taiwan baru-baru ini berlaku dalam masa sensitif, bagi kededua China dan Amerika Syarikat (AS), kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.



Sedang beliau tidak fikir kededua negara ingin menimbulkan konflik, namun apa yang berlaku pada pandangan beliau adalah atas "sebab politik".



Bercakap kepada media Singapura semalam selepas Mesyuarat Menteri Luar Asean (AMM) di Phnom Penh, Kemboja, Dr Balakrishnan turut menyentuh tentang isu yang berlaku di Myanmar yang dianggapnya dalam "keadaan terdesak" sekiranya tiada kemajuan dicapai dalam Konsensus Lima Perkara yang dipersetujui para pemimpin Asean tahun lalu.



Memberikan reaksinya tentang lawatan Cik Pelosi itu, Dr Balakrishan berkata beliau telah melahirkan kebimbangannya tentang ketegangan yang sedang melanda di Selat Taiwan itu kepada Menteri Luar China, Encik Wang Yi.



"Terdapat bahaya di mana terdapat banyak kapal dan pesawat serta peluru berpandu di kawasan itu.



"Masih terdapat bahaya meskipun saya tahu mereka enggan berperang, tapi adanya bahaya kemalangan, dan salah perhitungan.



"Kami di Asia Tenggara hanya ingin isu ini ditenangkan. Malah amat penting buat Asia Tenggara, China dan Amerika Syarikat untuk berbaik," katanya.



China menyifatkan lawatan Cik Pelosi ke Taiwan sebagai satu provokasi besar dan bertindak balas dengan mengumumkan perancangan mengadakan latihan ketenteraan di sekeliling Taiwan, mulai kelmarin.



Ini kali pertama mesyuarat Asean secara fizikal diadakan sejak dua tahun lalu dengan hampir 30 negara menyertainya sepanjang tiga hari lalu.



Di luar mesyuarat itu juga, Dr Balakrishnan telah bertemu Setiausaha Negara AS, Encik Antony Blinken, di mana kededua mereka mengesahkan kerjasama cemerlang dan berpanjangan Singapura-AS.



Kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata Dr Balakrishnan mengalu-alukan penglibatan membina Amerika di rantau ini, dan menantikan Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang terbuka, inklusif dan fleksibel.



"Dr Balakrishnan dan Encik Blinken membincangkan tentang isu serantau dan sejagat termasuk hubungan Amerika dengan China dan perkembangan terkini di Selat Taiwan.



Dr Balakrishnan menekankan tentang perlunya mengelakkan salah perhitungan dan kemalangan, yang boleh memburukkan lagi keadaan dan menyebabkan rantau ini jadi tidak stabil.



"Beliau menggalak lebih banyak penglibatan oleh para pemimpin kanan dan dialog semua pihak untuk membina kepercayaan yang lebih strategik," kata MFA.



Menyentuh tentang Myanmar, Dr Balakrishnan berkata, negara itu perlu bekerjasama dengan Asean untuk membantu mereka menyelesaikan pergolakan dalam negara itu.



"Sekiranya mereka tidak anggap bahawa terdapat nilai di sebalik usaha berdialog, berbaik di peringkat nasional dan memanfaatkan Asean, maka saya rasa mereka dalam keadaan terdesak.



"Berapa lama lagi keadaan ini akan berlarutan? Bertahun lamanya? Kita tidak tahu," kata Dr Balakrishnan.



Namun beliau mendedahkan bahawa Asean sedang menghasilkan beberapa pilihan yang "beliau tidak dapat kongsi" tapi akan dibentangkan semasa para pemimpin bertemu November ini.



Laporan lanjut: Asean 'amat kecewa' Myanmar tidak banyak kemajuan laksana perjanjian damai




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >