KUALA LUMPUR: Vokalis baharu kumpulan rock, Terra Rossa, Khairul Hizam Kaha didenda RM7,000 ($2,640) atau penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, dekat sini hari ini, atas tiga pertuduhan memiliki dan mengambil dadah, tahun lalu.
Majistret Zulyana Zollkapli menjatuhkan hukuman itu selepas Khairul, 40 tahun, atau lebih dikenali sebagai Ijam mengaku bersalah atas kesemua pertuduhan, lapor Utsan Online hari ini.
Tertuduh didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine seberat 0.41 gram serta mengambil dadah jenis yang sama di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang, dekat sini antara pukul 4.30 pagi dan 6.30 pagi, 10 Disember lalu.
Bagi pertuduhan memiliki dadah, Khairul yang juga bekas peserta program realiti, MyStarz LG, didakwa mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara bagi pertuduhan mengambil dadah, dia boleh dikenakan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM5,000 dan pengawasan dua tahun.
Khairul ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu, dia reda dan menerima keputusan mahkamah itu.
Awal minggu ini, Mahkamah Majistret telah menjatuhkan hukuman denda RM3,500 ($1,320) terhadap bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim, atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah jenis syabu pada November tahun lalu.
Sebelum menubuhkan restoran stik, ASAP & Co. pada 2020, Encik Isrudy Shaik, menceburi bidang seni sebagai penyelaras di galeri pameran.
Setelah berkecimpung di dalam bidang itu selama 11 tahun, Encik
Hanya dengan menonton iklan Hari Raya Petronas dari seberang Tambak yang panjangnya tidak sampai lima minit, saya boleh langsung ‘banjir’ tanpa henti.
Air mata yang mencurah-curah dek pesanan tentang
Perwatakan sebuah kawasan kejiranan ditakrifkan oleh ruangnya, kegiatan yang dilakukan di ruang tersebut dan penduduk yang tinggal, kerja dan main di setiap kejiranan.
Lembaga Warisan Negara (NHB)
Meskipun baru enam bulan ditubuhkan sejak Oktober 2023, band Singapura, ORA, sudah menetapkan matlamat ingin menembusi pasaran antarabangsa dengan menjalankan persembahan atau ‘gig’ jelajah ke enam
NEW YORK: Khidmat teksi robot, atau kenderaan tanpa pemandu yang boleh membawa penumpang dari satu tempat ke satu tempat, telah mendapat sorotan negatif dek berlaku beberapa pelanggaran di jalan raya
Lagu Lebaran yang dicipta bukan setakat merakam dan menyebarkan keceriaan menyambut 1 Syawal yang mulia.
Buat penyanyi dan komposer Singapura, Rudy Djoe, sesebuah lagu Hari Raya tetap boleh memainkan
Dalam kehidupan yang dipenuhi dengan pelbagai tanggungjawab, ibu bapa dan penjaga sering terjerat dalam kesibukan sehingga mudah mengabaikan kesan penting tabiat harian kanak-kanak.
Namun begitu, satu
Walaupun beliau sudah lama mengumumkan pengundurannya daripada dunia seni hiburan, pelakon, penyanyi dan peragawati, Noorkumalasari, yang popular pada era 1980-an tetap masih mendapat perhatian
Di jalanan yang sibuk di Jakarta, mata penyanyi Eka Mairina mencari-cari gelandangan yang menumpang teduh di tepi jalan, di bawah jambatan dan ceruk-ceruk lorong.
Sambil memandu keretanya yang sarat
Kalau sentuh bab Raya, kanak-kanaklah golongan yang paling teruja menyambutnya.
Manakan tidak, Hari Raya adalah masa untuk mereka ‘berasa’ mempunyai wang yang banyak dalam genggaman.
Pasti sebagai ibu