Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

VTL Pulau Pinang-Singapura berjalan lancar

Mar 16, 2022 | 09:19 PM



GEORGETOWN: Laluan Perjalanan bagi yang Sudah Menjalani Vaksinasi (VTL) di antara Pulau Pinang dan Singapura yang bermula hari ini, berjalan lancar dengan penerbangan yang membawa sejumlah penumpang dari Singapura ke Pulau Pinang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), Bayan Lepas, di sini, sebentar tadi.


Semua mereka tiba pada 6.40 petang dengan menggunakan Pesawat Air Asia AK1730 sebelum dibawa melakukan ujian tindak balas rantai polimerase (PCR).



Difahamkan, terdapat dua penerbangan VTL membabitkan Singapura ke Pulau Pinang dan Pulau Pinang ke Singapura dengan menggunakan pesawat Air Asia dan Singapore Airlines.



Terdahulu, kerajaan Malaysia dan pemerintah Singapura mencapai persetujuan bersama memperluaskan VTL melalui udara bagi laluan dari Pulau Pinang ke negara itu mulai 16 Mac.



Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilaporkan berkata, inisiatif VTL itu akan membolehkan pengembara yang lengkap divaksinasi berkunjung ke Pulau Pinang dan Singapura menggunakan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dalam program ini, malah mereka tidak dikenakan kuarantin ketika ketibaan.



Beliau berkata, pelaksanaan VTL antara Pulau Pinang dan Singapura itu bermula dengan empat penerbangan sehari membabitkan syarikat penerbangan yang mengambil bahagian di kedua-dua negara. - BH Online




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >