SHANGHAI: Shanghai semalam melaporkan rekod tertinggi kes Covid-19 sementara wilayah Guangzhou semalam mengumumkan rancangan untuk mula menguji semua 18 juta penduduknya, ketika bandar-bandar mempercepatkan usaha mengekang wabak koronavirus di China.
China semalam melaporkan 25,701 kes baru Covid-19 dengan sebahagian besar iaitu Shanghai melaporkan 23,600 kes, menurut perangkaan rasmi China, semalam.