LONDON: Lebih 50 kes pneumonia di bandar Wuhan di bahagian tengah China mungkin berpunca daripada kemunculan kumpulan virus baru yang sebelum ini mencetuskan wabak Sars Mers, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Meskipun masih memerlukan maklumat terperinci untuk mengesahkan jenis patogen yang menyebabkan jangkitan, agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu tidak menolak kemungkinan kewujudan koronavirus baru.