Wajar dipotong gaji guru tidak berdiri bagi lagu kebangsaan: Mahkamah Jepun, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia0

Wajar dipotong gaji guru tidak berdiri bagi lagu kebangsaan: Mahkamah Jepun

Jul 07, 2016 | 02:32 PM

TOKYO: Sebuah sekolah bertindak dengan betul apabila ia memotong gaji seorang guru yang enggan berdiri apabila lagu kebangsaan dimainkan, putus sebuah mahkamah Jepun.

Hiroko Shimizu, 63 tahun, memfailkan kes menuntut pihak berkuasa pendidikan di Osaka menarik balik tindakan hukuman yang diambil selepas beliau tidak mengendahkan perintah agar semua orang berdiri bagi lagu kebangsaan dalam satu majlis tamat pengajian 2013.

Tetapi Hakim Hiroyuki Naito Mahkamah Daerah Osaka pada Rabu (6 Jul) menolak permintaan beliau, dan memutuskan tindakan itu wajar, kata jurucakap mahkamah.

Perintah supaya berdiri apabila lagu kebangsaan dinyanyikan tidak bertujuan memaksa peserta mengikuti sembarang ideologi, Hakim Naito memberitahu mahkamah, menurut Jiji Press.

Sebaliknya, ia bertujuan memastikan "majlis itu berjalan lancar dan ketenteraman dikekalkan," katanya.

Halal Home Based Business
Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Hakim itu berkata Shimizu "mengutamakan pertimbangannya sendiri daripada mengekalkan disiplin penjawat awam".

Guru wanita itu telah segera merayu kepada mahkamah lebih tinggi.

Pengkritik berkata lagu kebangsaan itu, yang merupakan pujian bagi maharaja, sama seperti menyeru supaya berkorban untuknya dan merai faham ketenteraan masa lalu di mana tentera pergi berperang atas nama pemerintah mereka.

Banyak guru bertikai dengan pentadbir sekolah pada tahun-tahun kebelakangan mengenai isu itu, dan Perdana Menteri semasa, Encik Shinzo Abe, seorang nasionalis, dituduh cuba meremehkan sejarah Perang Dunia II Jepun.

Keputusan mahkamah mengenai perkara itu terbelah-bahagi.

Pada 2012, Mahkamah Agung memutuskan menghukum guru tidak berdiri untuk menyanyi lagu kebangsaan sah di bawah perlembagaan, tetapi ia memberi amaran kepada pentadbir supaya berhati-hati dalam bertindak melampaui teguran.

Tetapi tahun lepas, Mahkamah Daerah Tokyo menganugerahkan pampasan berjuta-juta dolar kepada sekumpulan guru yang dihukum kerana enggan menyanyikan lagu kebangsaan. - AFP

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map