Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wakil Rohingya lawat Myanmar dalam rancangan kembali ke tanah air

May 05, 2023 | 05:30 AM



COX'S BAZAR (Bangladesh): Satu rombongan perwakilan Rohingya akan berkunjung ke Myanmar pada Jumaat ini, untuk memulihkan rancangan yang telah lama tergendala, bagi kepulangan kaum minoriti yang dibuang negeri itu, kata pelarian dan pegawai Bangladesh.



Bangladesh menjadi tempat tinggal lebih sejuta Rohingya, kebanyakannya yang melarikan diri dari negara jiran, Myanmar pada 2017, berikutan tindakan kekerasan pihak tentera yang kini sedang disiasat oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai.



Kedua-dua negara telah memeterai perjanjian untuk memulangkan para pelarian itu tetapi tidak banyak yang dilaksanakan, dan PBB telah berulang kali menyuarakan amaran bahawa keadaan tidak membenarkan mereka untuk dihantar pulang.



Rombongan perwakilan itu akan melawat tempat-tempat yang berhampiran sempadan Bangladesh, di mana rejim tentera Myanmar merancang untuk menempatkan lebih 1,000 pelarian itu, dalam satu projek percubaan.



"Kami akan ditunjukkan tempat yang telah didirikan khemah oleh pemerintah Myanmar untuk pelarian Rohingya itu," kata pemimpin masyarakat Rohingya, Encik Badiul, yang akan menyertai rombongan tersebut, pada Rabu lalu.



Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Encik Mizanur Rahman, akan memimpin rombongan tersebut yang terdiri daripada 20 pelarian Rohingya, kata seorang pegawai, yang tidak mahu memberikan pengenalannya, atas alasan keselamatan.



"Mereka akan ke sana pada pagi (Jumaat) dan akan pulang pada petang hari," katanya, sambil menambah bahawa rombongan itu akan melawat sebuah pusat resepsi, pusat transit dan khemah penempatan semula yang didirikan untuk menempatkan orang-orang pelarian yang akan tiba kelak.



Seorang lagi pegawai Bangladesh berkata penghantaran pulang para pelarian itu dijangka bermula hujung bulan Mei ini, sebelum musim tengkujuh tiba.



Pelarian Rohingya, yang sudah lebih enam tahun tinggal di khemah-khemah sementara yang penuh sesak di Bangladesh, sudah tidak begitu yakin dengan rancangan itu sejak ia diumumkan pada Mac 2023.



Mereka berkata tiada satu pun keprihatinan mereka tentang keselamatan atau pengiktirafan hak kewarganegaraan mereka di Myanmar, dijelaskan.



"Kenapa kami harus dihantar pulang ke Myanmar tanpa kewarganegaraan?" kata seorang pelarian yang mendakwa akan menjadi salah seorang anggota rombongan lawatan itu nanti.



"Kenapa kami harus ke Myanmar untuk melihat khemah-khemah? Myanmar adalah negara kami. Mereka harus menunjukkan kepada kami kampung halaman kami." - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >