COX’S BAZAR (Bangladesh): Satu rombongan perwakilan Rohingya dijadual berkunjung ke Myanmar pada Jumaat, untuk memulihkan rancangan yang telah lama tergendala, bagi merintis usaha kepulangan kaum minoriti itu, kata pegawai pelarian dan Bangladesh.
Bangladesh menjadi tempat penghunian lebih sejuta Rohingya, kebanyakannya melarikan diri dari negara jiran, Myanmar pada 2017, berikutan tindakan kekerasan pihak tentera yang kini sedang disiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Kedua-dua negara telah memeterai perjanjian untuk memulangkan kumpulan pelarian itu tetapi tidak banyak yang dilaksanakan, dan PBB telah berulang kali menyuarakan amaran bahawa keadaan tidak membenarkan mereka untuk dihantar pulang.
Rombongan perwakilan itu dijadual melawat tempat-tempat yang berhampiran sempadan Bangladesh, di mana rejim tentera Myanmar merancang untuk menempatkan pelarian itu, dalam satu projek percubaan.
“Kami akan ditunjukkan tempat yang telah didirikan khemah oleh pemerintah Myanmar untuk pelarian Rohingya,” kata pemimpin masyarakat Rohingya, Encik Badiul, yang akan menyertai rombongan tersebut.
Pesuruhjaya pelarian Bangladesh, Encik Mizanur Rahman, akan memimpin rombongan tersebut yang terdiri daripada 20 pelarian Rohingya, kata seorang pegawai, yang tidak mahu memberikan namanya, atas alasan keselamatan. – AFP.
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
1/3
Tutup Kuiz
28
0
Wakil Rohingya lawat Myanmar dalam usaha kembali ke tanah air
May 04, 2023 | 03:46 PM