Wall St capai rekod tertinggi

NEW YORK: Wall Street awal ditutup pada rekod tertinggi pagi semalam berikutan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Amerika Syarikat disebabkan keghairahan pasca pemilihan Encik Donald Trump.

Nilai pasaran di Wall Street telah bertambah sebanyak AS$1 trilion ($1.42 trilion) dan penunjuk Dow Jones kini semakin dekat dengan 20,000 mata. Kededua Indeks Dow Jones dan S&P semalam melonjak ke paras rekod terbaru, berikutan kenaikan sektor pengangkutan dan syarikat kecil, sementara saham bank Amerika diniagakan pada paras tertinggi dalam tempoh lapan tahun. Peramal Wall Street kini berubah optimistik dengan menetapkan sasaran baru bagi Wall Street. Pengamat berkata Indeks S&P 500 akan melonjak 3.4 peratus tahun depan, dengan JPMorgan Chase & Co. dan Bank of Montreal pula berkata kenaikan itu adalah lebih besar. Kenaikan harga saham sejak Encik Trump menewaskan Cik Hillary Clinton merupakan yang terbesar bagi mana-mana Presiden sejak Encik Ronald Reagan. - Agensi berita.

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:49
Zuhur
12:51
Asar
4:14
Maghrib
6:52
Isyak
8:05
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.