Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wall Street bimbang Trump jadi presiden

Mar 04, 2016 | 03:34 PM



NEW YORK: Sekali pandang, Encik Donald Trump orang yang disukai Wall Street - seorang jutawan yang empayar hartanahnya menyediakan perniagaan besar bagi bank dan menara mewahnya menempatkan orang kaya dan terkenal.

Namun, kejayaan mengejutkan beliau dalam persaingan menjadi calon parti Republikan untuk jawatan presiden Amerika Syarikat menakutkan kapitalisme Amerika.

Senarai kebimbangan mereka panjang: Presiden Trump boleh melancarkan perang perdagangan dengan China; beliau boleh menaikkan cukai ke atas golongan kaya; beliau boleh mengganggu Rizab Federal berhubung dasar monetari; hubungan Rumah Putih dengan Kongres boleh gagal sepenuhnya.

"Beliau menakutkan pasaran. Beliau seorang yang sangat tidak menentu," kata Encik Greg Valliere, ketua strategi Horizon Investments.

"Pasaran tidak suka ketaktentuan."

Perniagaan kurang senang dengan komen-komen spontan yang Encik Trump buat mengenai isu-isu perniagaan dan ekonomi penting hampir setiap hari sejak berkempen tahun lepas.

Pada satu pihak, beliau mengecam gaji besar bagi ketua eksekutif, ketamakan banker dan kelebihan cukai yang bermanfaat bagi pengurus dana Wall Street kaya.

Beliau mengancam masyarakat pendatang tanpa izin yang besar, yang mengekalkan bekalan pekerja bergaji rendah bagi perniagaan Amerika.

Beliau menyerang China dan Jepun kerana memanipulasi mata wang mereka untuk kepentingan perdagangan dan mengancam akan memulakan perang perdagangan dengan China. Pada masa sama, beliau telah mengisytiharkan penentangannya terhadap dua perjanjian perdagangan bebas besar yang menjangkau lautan Pasifik dan Atlantik.

Beliau menyerang gergasi perniagaan Amerika seperti Ford dan Apple kerana menghasilkan produk mereka di luar negara dan juga di dalam.

Tetapi di sisi lain, Encik Trump cuba memikat pemimpin industri Amerika dengan janji potongan cukai perniagaan.

Bekas calon Rumah Putih, Encik Mitt Romney, yang menguruskan syarikat pelaburan terkemuka Bain Capital sebelum memasuki politik, menyuarakan kebimbangan masyarakat kewangan pada Khamis (3 Mac), dengan memberi amaran bahawa di bawah Encik Trump "negara ini akan tenggelam ke dalam kemelesetan berpanjangan".

Encik Chris Low, Ketua Ekonomi di FTN Financial, berkata sebahagian daripada pelanggan beliau menghargai pendirian Encik Trump mengenai pemotongan cukai korporat. Namun, mereka juga bimbang beliau boleh mencetuskan perang perdagangan dengan China, yang boleh memudaratkan perniagaan Amerika.

Setakat ini, bagaimanapun, pasaran telah menunjukkan reaksi terhadap kedudukan kuat Encik Trump dalam perlumbaan mewakili Republikan dalam pilihan raya presiden.

Pengurus dana masih tidak pasti mengenai peluangnya apabila berhadap tokoh Demokratik yang mungkin menjadi calon parti itu bagi Rumah Putih, mantan setiausaha negara Hillary Clinton, kata Encik Low.

"Kejayaan Trump mungkin membuat kemeruapan meningkat," kata Encik David Lafferty daripada Natixis Global Asset Management.

Dalam kalangan banker, sentimen umumnya ialah anti-Trump.

Tetapi kebanyakan banker yang dihubungi tidak mahu bercakap secara terbuka mengenai rasa tidak senang mereka terhadap Encik Trump, bimbang mungkin dikenakan tindakan balas.

"Beliau gila, beliau mempunyai dasar gila," kata seorang ahli perbankan terkemuka.

"Beliau tidak tahu cara menjalankan perniagaan," kata seorang lagi. "Bagaimana beliau boleh mentadbir negara?"

Namun, walaupun pernah mengharungi empat muflis korporat, Encik Trump telah mengumpulkan kekayaan, kebanyakannya dalam hartanah, dianggarkan bernilai AS$4.5 bilion.

Sebahagian masyarakat kewangan yang biasanya banyak menyokong Republikan bersedia memindahkan sokongan mereka kepada Cik Hillary Clinton dalam pilihan raya November ini, jika pilihan lain ialah Encik Trump.

"Pasaran bimbang mengenai beliau," kata Encik Valliere. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >