Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wan Azizah: Hubungan dengan Singapura tidak mungkin terjejas oleh isu air

Aug 19, 2018 | 12:55 PM



KUALA LUMPUR:  Hubungan Malaysia dengan Singapura tidak mungkin terjejas oleh saranan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, bahawa harga air yang dijual kepada republik itu    perlu dinaikkan  lebih  10 kali, kata timbalannya.



Dalam satu temu bual bersama akhbar Malay Mail   yang diterbitkan pada Sabtu (18 Ogos), Timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail tidak  mengheboh-hebohkan   kenyataan Tun  Mahathir itu dengan  mengatakan bahawa isu air “bukan sesuatu  yang baru” dan telah berterusan selama beberapa dekad.



“Pendekatannya adalah pendekatannya. Dr Mahathir mempunyai gaya  berbeza dalam menangani perkara-perkara, tetapi pada masa  sama Singapura  jiran kita, mereka agak memahami kita.



“Oleh itu, sebagai jiran kita harus mesra. Isu air sudah lama,” kata Datuk Seri Dr Wan Azizah.



“Tidak ada yang baru.  Singapura memahami itu dan cara   menangani (perkara tersebut),” kata Ahli Parlimen Pandan itu.



Di bawah Perjanjian Air 1962  antara dua negara itu yang tamat pada  2061, Singapura berhak mengambil air mentah sebanyak  250 juta gelen sehari (mgd)   dari Sungai Johor pada harga  3 sen (1 Singapura sen) bagi setiap 1,000 gelen.



  Johor pula berhak membeli air yang telah dirawat sebanyak lima  mgd   dari Singapura pada harga 50 sen setiap 1,000 gelen. Singapura mengatakan  harga itu   mendapat subsidi besar  dan di bawah kos rawatan air.



Tun  Mahathir berkata  Isnin lalu beliau mahu menaikkan  harga  air mentah yang dibekalkan kepada  Singapura  lebih  10 kali untuk mencerminkan kos sara hidup yang lebih tinggi.



Beliau membuat cadangan  sama  pada  1987 dan 1998 – semasa tempoh  pertamanya menjadi   perdana menteri –  tetapi Malaysia akhirnya memilih  tidak menyemak  harga itu kerana sembarang semakan akan juga   menjejas  harga air terawat yang dijual oleh Singapura kepada  Malaysia.



Isu berdekad lama itu timbul semula   Jun lalu, sebulan selepas Tun  Mahathir menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, apabila beliau   berkata  harga air mentah yang dijual   Malaysia kepada Singapura  “tidak masuk akal”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >