Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wan Azizah letak jawatan apabila saya jadi PM: Anwar

Sep 15, 2018 | 01:09 PM



JOHOR BARU: Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga isterinya, akan meletak jawatan apabila beliau menjadi Perdana Menteri.



Sekarang bukan masa  sesuai bagi Dr Wan Azizah melepaskan jawatannya dalam Kabinet, kata Datuk Anwar, yang bakal menggantikan isterinya sebagai presiden PKR.



“Kenapa perlu letak jawatan sekarang? Kalau beliau letak jawatan sekarang, PKR akan kehilangan jawatan Timbalan Perdana Menteri,” ujarnya.

 

Datuk Anwar menambah bahawa  beliau tidak akan terus menyertai kerajaan sekiranya menang pilihan raya kecil (PRK) Port Dickson yang akan datang.



“Seperti mana yang saya katakan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bila saya menang (kerusi Parlimen Port Dickson), saya akan menyertai kerajaan, sekarang saya mahu beri laluan kepada Dr Mahathir untuk meneruskan tanggungjawabnya sehingga sampai giliran saya.



“Jadi, bersabarlah, bila saya jadi Perdana Menteri, Dr Wan Azizah akan letak jawatan. Bila? Apabila sampai giliran saya menjadi PM. Orang ramai membangkitkan isu ini jadi saya kena jelaskan,” katanya



Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena program Bicara Maal Hijrah bertajuk ‘Hijrah ke arah Malaysia Baru’ di Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di sini semalam malam (14 Sep).  – BH Online.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >