Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita 74 tahun lahirkan kembar IVF

Sep 09, 2019 | 05:55 PM



NEW DELHI - Seorang wanita, 74 tahun, telah melahirkan kembar anak perempuan di Andhra Pradesh, India. 



Dr Sankkayala Uma Shankar, seorang pakar teknologi Persenyawaan In Vitro (IVF), telah membantu melahirkan pasangan kembar itu melalui pembedahan C-Section pada Khamis (5 September).



Cik Mangayamma Yaramati dan suaminya, Encik Sitarama Rajarao, 82 tahun, berkata mereka sudah lama ingin menimang anak sendiri, terutama kerana ahli kampung mengecilkan mereka kerana tidak mempunyai anak.



"Kami sudah banyak kali mencuba, dan telah berjumpa dengan banyak doktor," kata Cik Yaramati.



"Jadi ini adalah saat paling bahagia dalam hidup saya."



Kembar itu dilahirkan menerusi IVF.



Memandangkan Cik Yaramati sudah putus haid (menopause), telur penderma telah disenyawakan dengan sperma Encik Rajarao, sebelum ia ditanam dalam rahim Cik Yaramati.



Menurut doktor, Cik Yaramati adalah wanita tertua di dunia untuk melahirkan anak, walaupun kenyataan ini tidak dapat disahkan.



Ibu dan pasangan kembarnya dalam keadaan sihat. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >