CAIRNS: Seorang ibu di Australia telah didakwa kerana membunuh lapan kanak-kanak, tujuh daripadanya anak kandungnya sendiri, dua hari selepas mayat kanak-kanak itu dijumpai di sebuah rumah di bandar Cairns.
Menurut polis, wanita berusia 37 tahun itu didakwa ketika berada di hospital Cairns sedang dia mendapatkan rawatan ekoran luka tikaman dalam pembunuhan empat budak perempuan dan empat budak lelaki berusia daripada 18 bulan hingga 15 tahun.