Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita cederakan 14 kanak-kanak dalam serangan pisau di tadika China

Oct 26, 2018 | 07:54 PM



BEIJING: Seorang wanita bersenjatakan pisau dapur menyerang kanak-kanak di pagar sebuah tadika di bandar barat daya China, Chongqing, hari ini (26 Oktober), mencederakan 14 daripada mereka, kata polis.



Wanita berusia 39 tahun, yang hanya dikenali dengan nama keluarga Liu, melancarkan serangan ketika kanak-kanak kembali dari senaman pagi sekitar 9.30 pagi, kata polis di akaun rasmi mereka di laman sosial Weibo.



Mangsa dibawa ke hospital sementara pengawal dan kakitangan di tadika menahan penyerang itu, kata pihak polis, sambil menambah bahawa mereka sedang menyiasat.



Kenyataan itu tidak memberikan kemungkinan motif serangan itu.



Jenayah ganas jarang berlaku di China berbanding banyak negara lain, terutamanya di bandar-bandar utama, di mana keselamatannya ketat, tetapi terdapat siri serangan pisau dan kapak pada tahun-tahun kebelakangan ini, dengan banyak yang menyasarkan kanak-kanak.



Serangan seperti itu sering dipersalahkan kepada orang yang mempunyai penyakit mental atau yang mempunyai sungutan peribadi. 



Pisau sering digunakan kerana kawalan senjata api sangat ketat di China.



Bulan lalu, seorang lelaki dihukum mati di China kerana membunuh sembilan pelajar dan mencederakan 11 lain dalam satu serangan pisau di sebuah sekolah menengah di wilayah tengah Shaanxi. - REUTERS 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >