Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita di Britain dijel seumur hidup kerana pukul adik ipar hingga mati

Dec 22, 2015 | 12:38 PM



SEORANG wanita berusia 32 tahun di Britain yang memukul adik iparnya hingga mati selepas beberapa tahun mendera beliau, dihukum penjara seumur hidup pada Isnin (21 Dis), lapor media Britain.


Mangsa berusia 19 tahun itu, Cik Shahena Uddin, diserang dengan kejam dengan tangan dan senjata - mengalami 54 kecederaan pada badannya - di rumahnya di Watford Oktober lalu dan meninggal dunia selepas tercekik muntah sendiri.


Salma Begum didapati bersalah membunuh dan mesti menjalani hukumen panjara minimum 18 tahun, manakala lima ahli keluarga lain dikenakan pelbagai hukuman penjara.


Abang sulung Cik Shahena, Suhail Uddin, 35 tahun, yang juga suami Salma, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun kerana menyebabkan atau membenarkan kematian adiknya.


Tiga lagi abang beliau - Jhuhal, 33 tahun; Permata, 27 tahun; dan Tohel, 24 tahun - masing-masing dihukum penjara sembilan, lapan dan enam setengah tahun bagi tuduhan sama.


Kakaknya, Rehena, 22 tahun, dipenjara lima tahun.


Kesemua enam defendan juga didapati bersalah kerana berpakat menghalangi pentadbiran keadilan bagi menghalang siasatan polis ke atas kematian Cik Shahena.


Keluarga itu tinggal di sebuah rumah teres di Leavesden Road di daerah Hertfordshire.


Mahkamah diberitahu bahawa Cik Shahena kerap dihukum kerana "kesalahan" seperti makan terlalu perlahan.


Selain ditampar dan dipukul, beliau tidak dibenar menggunakan tandas dan minum air. Beliau juga dipaksa menjilat tempat duduk tandas, merenung tandas lama, minum air tandas serta makan muntah dan najis sendiri.


Surat menyayat hati yang ditulis Cik Shahena kepada Salma juga mendedahkan bagaimana remaja itu hidup dalam ketakutan daripada orang yang menyiksa beliau.


"Setiap hari saya takut dan saya tidak boleh hidup seperti ini lagi... Saya akan sentiasa sayang anda tetapi saya perlu pergi ikut cara saya sendiri. Saya tidak akan melupakan apa yang awak lakukan buat saya," bunyu sepucuk surat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >