Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita didapati bersalah jalankan skim ‘pelancongan kelahiran’ di California

Sep 18, 2019 | 03:36 PM



LOS ANGELES - Seorang warga China didapati bersalah pada Selasa (17 September) atas tuduhan menjalankan skim 'pelancongan kelahiran' di California bagi pelanggan China yang kaya.



Mereka  membayar ribuan dolar untuk memastikan anak mereka menjadi warga Amerika.



Dongyuan Li, 41 tahun, mengaku bersalah dalam rayuannya bahawa dari 2013 hingga Mac 2015, syarikatnya yang dipanggil ‘You Win USA Vacation Services’ - telah membantu warga China yang hamil,untuk ke Amerika dan melahirkan anak.



Pihak berkuasa menyatakan Li mengenakan bayaran antara AS$40,000 ($55,000) dengan AS$80,000 ($110,000) untuk perkhidmatannya, dan telah mengumpulkan lebih AS$3 juta dalam tempoh dua tahun. 



Dia menghadapi hukuman penjara paling lama selama 15 tahun kerana kesalahan itu.



Menurut laporan Agence France-Presse (AFP), ribuan wanita hamil dari pelbagai negara memasuki Amerika setiap tahun menggunakan visa sah untuk melahirkan anak, di mana anak itu secara automatik menjadi warga Amerika. -Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >