Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Islam calon perdana menteri Romania

Dec 23, 2016 | 02:32 PM



Bucharest (Romania): Dalam langkah yang mengejutkan, parti politik terbesar Romania semalam menamakan seorang wanita dari etnik Tartar, masyarakat minoriti negara itu untuk menjadi perdana menteri.



Jika usul itu diluluskan presiden dan Parlimen, Cik Sevil Shhaideh, 52 tahun, akan menjadi perdana menteri Islam dan juga wanita pertama memegang jawatan berkenaan.



Parti Demokratik Sosial menang besar pilihan raya yang diadakan 11 Disember lalu, meraih lebih 45 peratus undi.



Bersama dengan sekutunya, Parti Pakatan Liberal dan Demokrat, ia menguasai majoriti kerusi di Parlimen.



Biasanya, ketua parti terbesar akan dilantik presiden negara itu untuk menjadi perdana menteri.



Bagaimanapun, pemimpin Parti Demokratik Sosial, Encik Liviu Dragnea, berdepan masalah selepas dia didapati bersalah dalam pilihan raya dan diberi hukuman tertunda selama dua tahun April lalu.



Presiden Romania, Encik Klaus Iohannis, mahukan perdana menteri baru bebas daripada sebarang kesalahan jenayah.



Kerana itu, parti terbabit beralih kepada Cik Sevil, tokoh yang kurang dikenali dan pernah menjadi Menteri Pembangunan Wilayah selama enam bulan dalam kerajaan yang diketuai Demokratik Sosial sebelum ini.



Pencalonan Cik Sevil mengejutkan ramai pihak.



Wanita Islam jarang berkhidmat sebagai ketua negara atau kerajaan di Eropah. Jika ada sekalipun, mereka memegang jawatan itu di negara yang majoriti penduduknya Islam - Tansu Ciller, perdana menteri Turki pada 1990an dan Atifete Jahjaga, Presiden Kosovo dari 2011 hingga 2016.



Di Romania, 80 peratus penduduknya penganut Kristian Ortodoks sementara penduduk Muslim, kurang satu peratus. - Agensi, Harian Metro




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >