Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Islam disuruh keluar daripada perhimpunan Trump

Jan 11, 2016 | 11:34 AM



FORT WORTH (Texas): Seorang wanita Muslim diusir daripada perhimpunan yang diadakan oleh Encik Donald Trump, semasa melakukan bantahan senyap yang menurut beliau bertujuan membuat penyokong calon Republikan bagi pilihan raya presiden Amerika Syarikat itu sedar mereka sebenarnya menyokong "retorik kebencian".


Cik Rose Hamid, pramugari berusia 56 tahun dari North Carolina, berdiri senyap di tempat duduknya di belakang Encik Trump semasa perhimpunan pada Jumaat (8 Jan) malam di South Carolina, apabila Encik Trump menyifatkan pelarian yang melarikan diri daripada keganasan di Syria ada kaitan dengan kumpulan militan.


Beliau memakai tudung putih dan kemeja-T, yang dibuat oleh anaknya dan terpampang dengan perkataan 'Salam, saya datang dengan aman'.


Cik Rose, yang berkata beliau seorang Demokrat, berkata beliau datang ke perhimpunan tersebut kerana mahu penyokong Encik Trump bertemu seorang Muslim dalam kehidupan sebenar.


Sedang beliau berdiri, orang di sekelilingnya mula menjerit: "Trump! Trump!"


Tidak lama kemudian, pegawai keselamatan muncul dan memberitahu beliau dan seorang rakannya bahawa mereka mesti beredar, katanya.


Cik Rose berkata beliau kemudian diberitahu bahawa beliau telah menceroboh satu majlis private.


Beliau juga berkata seorang penyokong Encik Trump memekik kepadanya: "Awak ada bom, awak ada bom."


Cik Rose memberitahu CNN selepas perhimpunan tersebut: "Kejelikan itu benar-benar timbul dengan cepat dan itu benar-benar menakutkan."


Beliau berkata dalam satu temu bual telefon dari rumahnya di Charlotte: "Saya sedar mengapa beliau popular. Beliau seorang penghibur, beliau menawan... beliau juga betul dalam beberapa kes."


Merujuk kepada penyokong Encik Trump, Cik Rose menambah: "Tetapi mereka perlu menyedari apa yang mereka sokong. Amerika bukan retorik kebencian yang beliau laung-laungkan, dan ia bukan diri kita sebagai sebuah negara."


Gabenor Ohio, Encik John Kasich, antara pesaing Encik Trump untuk menjadi calon presiden bagi Republikan, berkata sambutan orang ramai dalam perhimpunan tersebut tidak sesuai.


"Kita tidak perlu menjerit dan mengebu dan menakut-nakutkan orang yang membuat keputusan untuk berdiri dan melakukan bantahan senyap," katanya pada Sabtu. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >