Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Jepun, dipercayai orang tertua di dunia, meninggal pada usia 117 tahun

Apr 22, 2018 | 03:57 PM



TOKYO (AFP) - Seorang wanita Jepun berusia 117 tahun, yang dianggap sebagai orang tertua di dunia, telah meninggal dunia, kata pegawai tempatan kepada Agence France-Presse pada Ahad (22 April).



Cik Nabi Tajima, yang dilahirkan pada 4 Ogos 1900, meninggal sekitar 8 malam waktu tempatan (7 malam waktu Singapura) pada Sabtu di sebuah hospital di Pulau Kikai di wilayah Kagoshima, kata Encik Susumu Yoshiyuki, seorang pegawai kesihatan dan kebajikan.



Cik Tajima, yang menjadi wanita tertua di Jepun pada September 2015, boleh menjadi orang tertua di dunia sejak wanita Jamaica, Cik Violet Brown, meninggal pada September 2017 pada usia 117 tahun, kata media Jepun.



Sejak kematian Cik Brown, Guinness World Records telah menyelidik siapa manusia paling tua di dunia dan belum mengesahkan Cik Tajima sebagai orang tertua.



Lelaki tertua di dunia ialah Encik Masazo Nonaka, 112 tahun, dari Jepun, seperti yang diumumkan pertubuhan itu pada 10 April.



"Cik Tajima tinggal di sebuah pusat penjagaan orang tua. Pada Januari, beliau menjadi lemah lalu dibawa ke hospital tempatan," kata Encik Yoshiyuki kepada AFP. "Beliau meninggal dunia di sana (Sabtu) kerana usia lanjut."



Jepun terkenal dengan penduduk panjang umur dan mencatatkan beberapa gelaran pemegang gelaran tertua.



Menurut kerajaan Jepun, terdapat kira-kira 68,000 orang berusia 100 tahun atau lebih tua di negaranya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >