Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita Jepun disyaki bunuh empat anaknya sebelum cuba bunuh diri

Aug 22, 2016 | 03:12 PM



TOKYO: Seorang ibu di Jepun sedang disiasat bagi kesalahan membunuh selepas empat anaknya ditemui mati di rumah, menurut media Jepun dan polis pada Isnin (22 Ogos).

Media tempatan melaporkan mangsa dibunuh oleh ibu mereka sebelum dia cuba membunuh diri.

Seorang budak lelaki berusia 10 tahun, dua kanak-kanak perempuan berusia enam tahun, dan seorang budak perempuan tiga tahun ditemui meninggal awal Isnin, menurut polis di wilayah selatan Jepun Fukuoka.

"Bapa mereka mendapati mereka mati dan melaporkannya kepada polis," kata jurucakap polis, tanpa memberi butiran lanjut.

Polis sedang menyoal ibu mereka yang berusia 41 tahun sebagai suspek perbuatan bunuh dan cubaan bunuh diri, menurut Jiji Press dan penyiar awam NHK.

Wanita tersebut mengaku kepada polis dia membunuh anak-anaknya, lapor TV Asahi.

Polis dilaporkan memberitahu media sekurang-kurangnya seorang kanak-kanak itu mempunyai tanda dicekik.

Ibu itu dihantar ke hospital kerana pergelangan tangannya berdarah, tetapi kecederaannya ringan. Wanita itu memberitahu polis dia mencederakan dirinya sendiri dengan pisau dapur.

Kes bunuh dan bunuh diri bukan luar biasa di Jepun dan biasanya melibatkan ibu membunuh anaknya atau kanak-kanak lain.

Sesetengah perbuatan itu dikaitkan dengan kemiskinan.

Pada Isnin juga, seorang ibu dan dua anaknya berusia enam dan satu tahun hilang di wilayah Gunma di barat laut Tokyo, dan keretanya ditemui berhampiran sebatang sungai.

Polis mengesyaki mereka terjun ke dalam sungai dalam kes bunuh dan bunuh diri, lapor harian Sankei Shimbun.

Bulan lalu, seorang ibu di wilayah Chiba membunuh diri selepas menikam tiga anaknya, menurut media tempatan.

Anak perempuannya yang berusia 10 tahun dan anak lelaki berusia lapan tahun disahkan meninggal dunia. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >