Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita lahirkan bayi semasa menaiki pesawat China Airlines

Oct 14, 2015 | 04:44 PM



SEORANG wanita Taiwan telah melahirkan seorang bayi perempuan semasa beliau berada dalam pesawat penerbangan China Airlines dari Taipei menuju ke Los Angeles Khamis lalu.


Wanita tersebut memberitahu kru pesawat bahawa air ketubannya sudah pecah ketika pesawat itu sudah pun melakukan penerbangan selama 19 jam.


Namun, syarikat penerbangan itu berkata wanita berkenaan belum mencapai tempoh kehamilan 32 minggu semasa beliau menaiki pesawat tersebut.


Menurut akhbar China Post, juruterbang segera menukar haluan untuk mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Ted Stevens Anchorage di Alaska, tetapi wanita itu yang tidak ditemani melahirkan bayinya 30 minit sebelum pesawat mendarat.


Seorang doktor yang kebetulan berada dalam pesawat itu telah membantu melahirkan bayi berkenaan.


Ibu dan anak kemudian dihantar ke sebuah hospital di Alaska dalam keadaan sihat.


Pesawat itu meneruskan perjalanannya selepas mengisi minyak dan tiba di Los Angeles tiga jam lewat.


Seorang penumpang Amira Rajput telah mengirimkan video selama seminit mengenai kelahiran bayi itu ke YouTube yang kini telah pun ditonton lebih 300,000 kali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >