Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita maut, 3 kanak-kanak cedera dalam letupan bom di Bahrain

Jul 01, 2016 | 10:52 AM



DOHA: Seorang wanita Bahrain terkorban dan tiga kanak-kanak cedera ringan apabila kereta mereka terkena satu letupan bom pada Khamis (30 Jun) yang polis kata dilakukan oleh "pengganas" di selatan Bahrain.



Serpihan daripada letupan itu terkena kereta wanita tersebut, ujar polis, dan pasukan keselamatan sedang menyiasat kejadian serangan di perkampungan Timur Eker, selatan ibu negara Manama itu, menurut satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri.



"Satu perbuatan pengganas pada Khamis meragut nyawa seorang wanita dan mencederakan tiga kanak-kanak yang bersama beliau di dalam kereta yang kena serpihan selepas sebuah bom meletup," kata Ketua Pengarah Direktorat polis Manama yang dipetik oleh media tempatan.



Pengganasan dan serangan bom sekali-sekala, sebahagian besarnya disasarkan pada pasukan keselamatan Bahrain, menjadi kebiasaan sejak bantahan prodemokrasi besar-besar yang dipimpin Syiah dihancurkan pemerintah pada 2011.



Pada Julai 2015 dua pegawai polis di sebuah kampung Syiah, Sitra, terbunuh dalam letupan bom yang menurut pihak berkuasa melibatkan penggunaan bahan letupan yang diseludup dari Iran.



Taheran menafikan campur tangan di Bahrain tetapi secara terbuka menyokong kumpulan pembangkang yang berusaha mendapatkan hak lebih besar bagi kaum majoriti Syiah.



Rekod hak asasi manusia Bahrain dikritik oleh Amerika Syarikat, Britain dan kumpulan hak asasi.



Pada Khamis, tujuh senator Amerika berkata dalam sepucuk surat kepada Setiausaha Negara John Kerry bahawa Amerika perlu bersedia menimbang semula penjualan senjata kepada Bahrain, jika tindakan keras baru-baru ini ke atas pembangkang berterusan.



Pada Jun, pihak berkuasa menutup persatuan pembangkang Syiah utama, menahan seorang aktivis kempen terkemuka, Nabeel Rajab, dan melucutkan kewarganegaraan seorang pemimpin rohani kaum Syiah.



Bahrain, yang menjadi tuan rumah Armada Kelima Amerika, dilihat oleh kerajaan Teluk Sunni yang memerintah sebagai benteng strategik terhadap pengaruh Iran. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >