Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita maut, suspek ditangkap dalam kes tebusan di pasar raya AS

Jul 22, 2018 | 12:46 PM



LOS ANGELES: Seorang suspek    menembak neneknya dan seorang lagi mangsa lalu mengurung dirinya di sebuah pasar raya dan kemudian menembak mati seorang wanita   sebelum  ditangkap     dalam satu kejadian di Los Angeles, Amerika Syarikat, pada Sabtu (21 Julai), kata polis.



“Seorang suspek lelaki... terlibat dalam pertikaian keluarga yang mengakibatkan dia menembak neneknya dan seorang wanita di tempat kejadian,” kata Sarjan polis Barry Montgomery kepada wartawan.



Suspek itu melarikan diri menggunakan   kenderaan neneknya dengan membawa  mangsa perempuan itu,  dan   memasuki pasar raya Trader Joe's, ujar beliau.



 Datuk Bandar Eric Garcetti berkata seorang wanita ditembak dalam pasar raya   itu  dan kemudian diisytiharkan maut  di tempat kejadian.



Suspek mengurung dirinya  dalam pasar raya itu bersama sejumlah tebusan    tetapi akhirnya ditangkap “tanpa insiden”,  menurut polis  Jabatan Polis Los Angeles menerusi   akaun Twitter rasminya.



Presiden Amerika,  Encik  Donald Trump,  sebelum itu berkata melalui Twitter   bahawa beliau “mengikuti kejadian   tebusan di Los Angeles dengan sangat rapat”.



Encik Devin Field, seorang lelaki yang berkata   beliau  sedang berjalan ke pasar raya   itu ketika kejadian tersebut   dilaporkan, menggambarkan pengalamannya melalui  beberapa pos Twitter.

 

“Saya sedang  berjalan apabila sebuah  kereta yang lari  daripada   polis merempuh tiang   lampu jalan di depan  pintu masuk. Lelaki bersenjata   keluar dan mula menembak polis.

“Saya bersembunyi di belakang tembok  penahan bersama  tiga pegawai polis hingga mereka membolehkan saya merangkak keluar,” tulis Encik   Field, yang  akaun Twitternya berkata   beliau bertugas  sebagai penulis bagi  rancangan Jimmy Kimmel Live TV.



“Lelaki bersenjata masuk sambil melepaskan tembakan.   Dia pergi ke belakang dan membawa  beberapa tebusan. Pekerja meluru  keluar melalui pintu kecemasan. Kakitangan berkata  darah di  seluruh lantai, tidak jelas dari mana,” tulisnya. –    AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >