KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ketari, Cik Young Syefura Othman, 32 tahun, menjadi ahli berbangsa Melayu tunggal yang dipilih menganggotai Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP 2022-2025.

Beliau yang menerima 991 undi berada di kedudukan ke-24 daripada keseluruhan 93 calon yang bertanding.

Seramai 2,179 daripada 4,149 perwakilan hadir secara fizikal mengundi bagi pemilihan CEC pada Kongres Kebangsaan Ke-17 parti itu yang berlangsung semalam, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun, terdapat dua lagi pelantikan dibuat melibatkan Bumiputera seperti Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (Timbalan Setiausaha Agung) dan Syahredzan Johan (AJK CEC).

Pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Sosialis Pemuda DAP (DAPSY) kelmarin, Cik Young Syefura yang mesra dipanggil Rara turut menang jawatan Timbalan Ketua DAPSY Kebangsaan apabila meraih 212 undi.

Cik Young Syefura adalah lulusan dalam bidang kejururawatan.