Topik diikuti
Pergi ke BHkuWanita pertama dilantik jadi hakim Mahkamah Rayuan Syariah di M'sia

CIPTA SEJARAH: Dr Zaleha mencipta sejarah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah pertama di Malaysia bagi mahkamah itu di Terengganu. Beliau bersama tetamu lain di majlis pelantikan itu, termasuk Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman (tiga dari kiri). - Foto HARIAN METRO
Oct 18, 2017 | 5:30 AM
Wanita pertama dilantik jadi hakim Mahkamah Rayuan Syariah di M'sia
KUALA TERENGGANU: Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Seri Dr Zaleha Kamarudin, menjadi hakim rayuan Syariah wanita pertama di negara ini apabila beliau dilantik bagi Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu.
Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin menyampaikan tauliah pelantikan Dr Zaleha, 56 tahun, yang berasal dari Pahang, dalam satu majlis ringkas di Istana Syarqiyyah, Chendering, kelmarin.