Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita pertama jadi CEO bank Komersial Arab Saudi

Feb 21, 2017 | 10:48 AM



DUBAI - Seorang wanita, Cik Rania Nashar, telah dinamakan sebagai ketua eksekutif Samba Financial Group pada Isnin (Feb 20) - sekali gus menjadi Ketua Pegawai Eksekutif wanita pertama bank komersial Arab yang disenaraikan, selaras dengan pembaharuan ekonomi dan sosial kerajaan.

Cik Nashar merupakan ahli lembaga anak syarikat pasaran global Samba dan unit Pakistan, dan mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam perbankan.

Wanita dilarang memandu di Arab Saudi dan tertakluk kepada sistem penjagaan lelaki. Namun ada wanita yang memegang beberapa jawatan tertinggi dalam sektor kewangan.

Pembaharuan yang dilancarkan Arab Saudi tahun lalu untuk menjadikan ekonomi lebih cekap dan kurang bergantung kepada eksport minyak merangkumi langkah meningkatkan peranan wanita dalam ekonomi.

Bursa Saham Saudi minggu lepas melantik pengerusi wanita pertama, Cik Sarah al-Suhaimi, yang menjadi ketua eksekutif wanita pertama sebuah bank pelaburan Arab Saudi apabila beliau mengambil alih teraju NCB Capital pada 2014.

Dana kekayaan berdaulat negara itu, Dana Pelaburan Awam, mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat besar dan berada di tengah-tengah penyusunan semula ekonomi. Ia menggajikan wanita Saudi untuk membantu menguruskan aset, menurut sumber yang tahu tentang operasi itu.

Rancangan pembaharuan Arab Saudi berhasrat mempunyai lebih ramai wanita - 30 peratus - daripada tenaga kerja pada tahun-tahun akan datang, berbanding 22 peratus sekarang.

Samba adalah bank ketiga terbesar di Arab Saudi dari segi aset. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >