SEORANG wanita Singapura berusia 34 tahun terbunuh sementara suaminya cedera dalam serangan bom di sebuah kuil terkemuka di Bangkok yang mengorbankan sekurang-kurangnya 22 orang dan mencederakan beratus yang lain kelmarin.
Cik Melisa Liu Rui Chun mati di tempat kejadian, menurut Mejar Jeneral Dr Pornchai Suteerakune, panglima di Institut Perubatan Forensik. Suaminya, Encik Ng Su Teck, 35 tahun, cedera terkena serpihan kaca.