Wanita Saudi bina masjid selepas kumpul wang pencen suami selama 30 tahun

SEORANG wanita Saudi mempamerkan kasih sayang terhadap suaminya dengan membina sebuah masjid di atas namanya menggunakan wang pencen suaminya yang dikumpul selama 30 tahun. 

Kisah wanita tersebut menyentuh hati ramai di media sosial selepas anaknya, Mohammad Al Harbi berkongsi perkara tersebut di Twitter baru-baru ini. 

Dalam pos tersebut yang disertakan dengan gambar ibunya yang sedang berdiri di kawasan masjid yang baru dibangunkan itu, Al Harbi berkata: 

“Betapa baiknya ibu, beliau tidak pernah menikmati wang pencen arwah ayah. Beliau kumpulkannya selama 30 tahun sehingga beliau dapat membina sebuah masjid di atas nama ayah.” 

Dalam tempoh beberapa jam sahaja Tweet tersebut tular dan ramai yang memuji apa yang dilakukan wanita tersebut. 

“Semoga tuhan satukan mereka di akhirat nanti,” kata salah seorang pengguna.
 

Waktu Solat

Subuh
5:54
Syuruk
7:15
Zuhur
1:18
Asar
4:41
Maghrib
7:19
Isyak
8:32
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.