Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita sedia bunuh diri jika tidak dapat berjihad

Apr 18, 2017 | 04:42 PM



KUALA LUMPUR: Bekas penuntut sarjana Universiti Malaya, Siti Noor Aishah Atam, yang didakwa memiliki buku berkaitan kumpulan pengganas, dikatakan mahu membunuh diri jika hasratnya untuk berjihad di Syria dihalang.



Siti Noor Aishah, 30 tahun, yang diberhentikan pengajian oleh pihak universiti pada Januari 2014, juga diajak melarikan diri ke Thailand oleh seorang lelaki bernama 'Muammar Gadafie'.



Timbalan Pendakwa, Mohamad Mustaffa P Kunyalam dalam hujahnya pada perbicaraan itu, berkata perkara berkenaan terkandung dalam laporan polis yang dibuat bapanya sendiri, Encik Atam Jusoh, pada 18 Februari 2014.



Encik Mohamad Mustaffa berkata, fakta itu diakui sendiri oleh tertuduh ketika diperiksa balas pendakwaan, malah mengakui laporan polis itu dibuat bapanya bagi menghalang dia daripada pergi ke Syria.



Beliau berkata, Siti Noor Aishah turut mengakui catatan ditulisnya dengan menggunakan dakwat merah pada muka surat pertama buku 'Merentas Jalan Jihad Fie Sabilillah' berbunyi; 'tanah yang engkau berkati...', merujuk kepada tanah Syam di kawasan meliputi Syria termasuk Iraq dan Palestin.



Katanya, catatan itu konsisten dengan laporan polis berkenaan, dan menunjukkan tertuduh mengetahui kandungan semua 12 buah buku yang ada dalam milikannya adalah berkonsepkan jihad.



Siti Noor Aishah didakwa memiliki 12 buah buku berkaitan kumpulan pengganas di Lot 1241, Jalan Lapangan Terbang Sura, Dungun, Terengganu, pada jam 12.25 tengah hari, 22 Mac tahun lalu.



Tuduhan terhadapnya mengikut Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda.



Sementara itu, Siti Noor Aishah dalam rayuannya menerusi peguam Encik Mohd Kamaruzaman A Wahab, berkata anak guamnya secara konsisten memberitahu, dia memiliki semua buku itu untuk tujuan kajian dan menambah pengetahuan.



Beliau berkata, terdapat beberapa bahagian pada buku itu yang relevan dengan tajuk tesis anak guamnya bertajuk 'Implikasi Tajuk Dalam Pentadbiran Negara'.



Katanya, tertuduh tidak melarikan diri ketika serbuan oleh polis dan tidak membuang atau melupuskan semua buku berkenaan, yang menunjukkan dia tidak mengetahui buku terbabit ada kaitan dengan pengganas.



Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Mohamad Shariff Abu Samah, kemudian menetapkan pada 2 Mei ini bagi keputusan di akhir pembelaan. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >