Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita selamat lepas diikat dalam guni dan dihumban ke Sungai Klang

Feb 08, 2017 | 09:43 AM



SHAH ALAM: Seorang wanita berusia 37 tahun diikat, dimasukkan ke dalam guni dan dibuang ke dalam sungai oleh saudara-mara seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.



Wanita Indonesia itu, seorang pekerja kilang, dibuang ke dalam Sungai Klang dari sebuah jejambat oleh dua lelaki tersebut.



Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Shafien Mamat, seorang pemandu yang sedang lalu di kawasan itu ternampak guni tersebut dan memaklumkan Jabatan Bomba dan Penyelamat dan polis.



"Wanita itu sedang bergelut dalam sungai apabila pemandu tersebut ternampaknya," kata ACP Shafien pada Selasa (7 Feb).



Dua lelaki berusia 20 dan 21 tahun itu membohongi wanita tersebut supaya mengikuti mereka dan mengambil beliau dari tempat tinggal beliau di Taman Sri Muda pada kira-kira 10 malam pada Isnin.



Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam van, lelaki itu memukul wanita berkenaan, menutup mulutnya dan memasukkan beliau ke dalam guni.



"Mereka menghentikan van mereka di jejambat di atas sungai dan mencampakkan guni itu ke dalam air," ujar ACP Shafien.



Mangsa kini dirawat di Hospital Shah Alam.



Polis telah menangkap dua lelaki, yang sedang disiasat kerana cubaan membunuh. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >