Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wanita tertua dunia sambut hari lahir ke-116

Mar 13, 2014 | 07:42 AM



TOKYO (AFP) - Wanita tertua dunia, warga Jepun, Cik Misao Okawa, menyambut hari ulang tahunnya ke-116 hari ini di rumah tumpangannya dengan kek hari jadi dikelilingi lilin-lilin.


Cik Okawa, yang berketurunan peniaga kimono di bandar Osaka, barat Jepun, menerima kunjungan mayor bandar tersebut, Encik Takehiro Ogura, awal minggu ini, kata seorang pekerja rumah tersebut.


Berpakaian kimono berwana merah jambu dengan bunga merah diselitkan di rambutnya, Cik Okawa dihadiahkan bunga oleh Encik Ogura.


Ditanya tentang hari ulang tahunnya tahun ini, Cik Okawa berkata: "Dah begitu lama."


Pekerja rumah tumpangan itu pula berkata, Cik Okawa berada dalam keadaan baik, bahkan masih mampu menambah berat badan.


"Beliau makan makanan kegemarannya, sushi dan apa sahaja beliau suka - stu lembu, spageti, sashimi setiap hari.


"Beliau selalu berkata rahsia untuk hidup lama ialah memakan makanan yang baik dan relaks," kata pekerja itu lagi.


Tahun lalu, Cik Okawa menerima sijil dari Guinness World Records mengesahkan status beliau sebagai wanita tertua dunia.


Beliau dilahirkan pada 5 Mac, 1898 dan berkahwin pada 1919.


Cik Okawa mempunyai tiga anak, empat cucu dan enam cicit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >