KUALA LUMPUR: Seorang wanita Vietnam yang pada asalnya dituduh membunuh Encik Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jung Un, dibebaskan dari penjara semalam, menamatkan prosiding undang-undang berkaitan pembunuhan itu walaupun terdapat kritikan bahawa pelaku sebenar tidak menghadapi penghakiman.
Selepas perbicaraan panjang, Cik Doan Thi Huong mengaku bersalah bulan lalu terhadap tuduhan lebih ringan "menyebabkan kecederaan" bagi pembunuhan Encik Jong Nam pada 2017, menjadikan beliau satu- satunya orang yang disabitkan bagi kesalahan itu.