Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga asing yang tiba di M'sia kini perlu bayar $1,550 untuk kuarantin Covid-19

Sep 24, 2020 | 08:35 PM



PUTRAJAYA: Warga asing yang tiba di Malaysia melalui pelbagai pintu masuk kini perlu membayar yuran penuh RM4,700 ($1,550) untuk kuarantin Covid-19 wajib, kata Menteri Kanan (kelompok Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada Khamis (24 September).


Sebelum ini, kedua-dua rakyat dan bukan rakyat Malaysia perlu membayar RM2,100 untuk penginapan dan makanan bagi tempoh kuarantin dua minggu di hotel atau bilik yang disediakan kerajaan.


Tetapi warga asing kini perlu membayar tambahan RM2,600 untuk kos operasi, kata Datuk Seri Ismail.


Kerajaan akan terus memberi subsidi bagi kos operasi untuk rakyat Malaysia, katanya.


Bagi individu kedua dan ketiga yang dibenarkan berkongsi bilik dengan individu pertama - seperti pasangan dan anak mereka yang berumur di atas enam tahun - mereka akan membayar RM700 seorang, kata Datuk Ismail Sabri.


Kanak-kanak berumur di bawah enam tahun dikecualikan daripada bayaran, tambahnya.

Mulai 24 Julai, kerajaan telah berkata semua individu yang tiba di Malaysia harus menjalani kuarantin wajib 14 hari di hotel atau institusi.- THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >