Warga emas maut selepas dirempuh kereta jiran di Perak

TAPAH (Perak): Seorang wanita warga emas maut akibat dirempuh kereta jiran ketika berada di ruang tamu rumahnya di Kampung Baharu Banir, Temoh, di sini petang Sabtu.

Mangsa, Cik Lai Kwan Lan, 82 tahun, yang parah dalam kejadian itu, meninggal dunia kira-kira jam 2 pagi kelmarin ketika menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Banun (HRPB) di Ipoh.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan