Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Warga Indonesia yang dipindahkan dari Wuhan dikuarantin di Pulau Natuna

Feb 03, 2020 | 05:43 PM



JAKARTA: Lebih 200 warga Indonesia yang dipindahkan dari Wuhan, China, tiba di Pulau Natuna, Indonesia semalam (Ahad, 2 Feb) dan akan dikuarantin di sana selama 14 hari.



Mereka telah lulus pemeriksaan kesihatan oleh pihak penguasa China sebelum dibenarkan menaiki pesawat dari Wuhan pada Sabtu lalu.



Pada awalnya, 245 orang patut dipindahkan, tetapi empat daripada mereka menarik diri dan tiga lagi tidak lulus pemeriksaan kesihatan oleh pihak penguasa China.



Oleh itu, hanya 238 orang dapat dipindahkan, termasuk seorang warga asing yang telah berkahwin dengan seorang warga Indonesia, kata jurucakap Kementerian Kesihatan, Cik Widyawati.



"Meskipun mereka telah lulus pemeriksaan keluar oleh pemerintah China, mereka akan tetap diperiksa semula. Ini sejajar dengan standard kesihatan sedunia untuk memastikan keadaan kesihatan mereka," kata beliau.



Dalam pada itu, The Straits Times melaporkan bahawa penduduk di Pulau Natuna, yang terletak di kepulauan Riau, telah membantah keputusan menempatkan orang-orang yang dipindahkan itu di sana.



Penduduk itu risau akan jangkitan yang mungkin berlaku dan mengatakan bangunan menyimpan pesawat ketenteraan yang digunakan sebagai pusat kuarantin terlalu dekat dengan kawasan kediaman. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >